Premis Disyaki Pusat Operasi Penipuan Dalam Talian Diserbu, 16 Ditahan

Serbuan dilakukan oleh JSJK IPK Sarawak bersama IPD Padawan. Foto PDRM

KUCHING, 15 Ogos – Seramai 16 orang diberkas dalam satu serbuan ke atas sebuah premis yang disyaki dijadikan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan dalam talian pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, serbuan dilakukan di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan di sini sekitar jam 11.30 pagi.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditangkap berusia lingkungan 20 hingga 37 tahun.

“Serbuan dilakukan ke atas sebuah premis yang disyaki menjalankan urusan penipuan pelaburan dalam talian.

“Hasil serbuan membawa kepada penangkapan 16 orang dan rampasan pelbagai jenis komputer serta dokumen,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, serbuan tersebut dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak serta IPD Padawan.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga boleh tampil membantu siasatan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *