Prabowo Tiba Bagi Lawatan Khas Sehari Ke Malaysia

Presiden terpilih yang juga Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika tiba pada lawatan khas sehari di Pangkalan Udara Subang hari ini.
SUBANG, 3 Apr – Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok.
Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada pukul 10.15 malam.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Prabowo juga dijadual akan turut mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
