Sultan Selangor, PM Anwar Berbuka Puasa Bersama Rakyat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf pada majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim
SHAH ALAM, 3 Apr – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, hari ini.
Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dengan diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Ketibaan baginda disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 489 asnaf dari daerah Petaling dengan sumbangan keseluruhan berjumlah RM244,500.
Pada majlis sama, baginda menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat iaitu Sime Darby Property Berhad berjumlah RM2 juta dan CelcomDigi Berhad (RM1.36 juta).
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
