Polis Marin Rampas Kereta Jadi ‘Stor’ Rokok Seludup Lebih RM100,000

Kereta dan rokok bernilai lebih RM100,000 dirampas Pasukan Polis Marin Sandakan. Foto Ihsan PPM

SANDAKAN, 1 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) membongkar kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai yang menjadikan kereta sebagai ‘stor’ penyimpanan dalam serbuan di kawasan sebuah masjid di Batu 8, di sini, semalam.

Serbuan menerusi Op Taring Landai Khas kira-kira 9.40 pagi itu membawa rampasan 126,360 batang rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM100,000.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, anggota PPM Sandakan membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Wira di masjid berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan dalam keadaan tidak berkunci sebelum menemukan beberapa plastik berisi rokok tidak bercukai pelbagai jenama.

Kereta dan rokok bernilai lebih RM100,000 dirampas Pasukan Polis Marin Sandakan. Foto Ihsan PPM

“Siasatan awal mendapati mendapati barangan berkenaan disyaki tidak bercukai dan anggaran keseluruhan rampasan termasuk kereta berjumlah RM122,553.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan pemilik kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan barangan yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *