Pokok Tumbang Hempap Wanita Warga Emas Di Tuaran

Keadaan kenderaan mangsa warga emas selepas dihempap pokok berhampiran Legasi Laya-Laya, Tuaran. Foto JBPM Sabah
TUARAN, 27 Mac – Seorang wanita warga emas parah selepas tersepit di dalam kereta yang dihempap pokok tumbang berhampiran Legasi Laya-Laya, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Penguasa Bomba, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang.
Katanya, sepasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Masalang Sintakan, tiba di lokasi bersama empat anggota untuk operasi menyelamat.
“Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis sedan.
“Terdapat seorang mangsa wanita berumur 62 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 5.50 petang,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
