PMQT: Tiada Pembelian Pesawat Jika TUDM Tak Dapat Pertahan – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan menteri ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 19 Ogos 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, keputusan berhubung perolehan aset pertahanan udara negara sama ada helikopter Black Hawk atau pesawat pejuang F/A-18 akan dibuat melalui Jawatankuasa Teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perdana Menteri  berkata, dasar yang diamalkan kerajaan sekarang ialah, jika penjelasan perolehan pesawat itu tidak dapat dipertahankan TUDM, pembelian berkenaan tidak akan ditandatangani.

“Soal sama ada Black Hawk atau F/A-18 daripada Kuwait yang dicadangkan, sepertimana yang saya jelaskan dasarnya, menteri pertahanan menjelaskan keputusan itu mesti dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal TUDM.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2025.

“Kalau dalam kes pesawat TUDM sendiri, mereka akan penuh bertanggungjawab mengenai kesiapsiagaannya. Kalau tidak dapat dipertahankan, kita tidak akan menandatangani. Itu jelas dasar kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *