PMQT: Soal Keselamatan Negara Tiada Kompromi – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan menteri ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 19 Ogos 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara, khususnya membabitkan isu penyeludupan di selatan tanah air sehingga membawa kepada penahanan lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, atas dasar itu pihaknya sudah meminta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, supaya menyiasat perkara terbabit secara serius.

Malah, beliau turut memberi jaminan akan membongkar sepenuhnya perkara berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2025.

“Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) juga ambil berat perkara ini. Semalam menghadap Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) dibangkitkan lagi perkara ini dan kita akan bongkar sepenuhnya kerana ini saya setuju. Ini soal keselamatan negara, tidak boleh berkompromi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *