PMQT: Kerajaan Salur Hampir RM1 Bilion Kepada Masyarakat India Sejak 2022 – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2025.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kerajaan telah menyalurkan hampir RM1 bilion sejak 2022, tidak termasuk peruntukan khas di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sejak Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan, jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan kepada masyarakat India telah meningkat secara konsisten.

“Tahun 2022 peruntukan yang kita mulakan untuk masyarakat India setengah bilion ringgit.

Untuk 2025, tiga tahun berikutnya, sudah mencecah hampir satu bilion ringgit, RM972 juta.

“Jadi kalau mengatakan bahawa bantuan masyarakat India itu khusus kepada MITRA itu tidak benar, RM1 bilion itu terkeluar daripada peruntukan MITRA,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan S Kesavan (PH – Sungai Siput) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menegaskan angka itu membuktikan dakwaan bahawa kerajaan perpaduan mengabaikan masyarakat India adalah tidak benar.

Menurut beliau, kerajaan juga telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan lain termasuk skim jaminan kredit perumahan, program pendidikan awal, subsidi pengajian tinggi, serta bantuan dialisis untuk pesakit B40.

“Kepada India itu RM1.2 bilion skim jaminan kredit perumahan, kemudian melalui belanjaan tahunan yang peruntukan program pembangunan sosiokonomi masyarakat India di bawah MITRA itu kita katakan RM100 juta.” Katanya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *