PMQT: Perjanjian ART Malaysia-AS Tidak Bercanggah Perlembagaan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menjawab soalan tambahan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata, Kabinet mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara, itu cara kita kerja, malah dalam yang akhir sekali pun (keputusan) ulasan Peguam Negara itu diperlukan.

“Ya kepala (ketua) rundingan itu MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Tetapi bila bincang soal halal, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) masuk, bincang soal import, Kementerian Pertanian masuk, namun keseluruhannya skop undang-undangnya (ada) Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya.

Artikel 5.1 yang diputar belit sesetengah pihak kononnya Malaysia menggadaikam kedaulatan ekonomi negara.

Anwar menjawab soalan Takiyuddin sama ada perjanjian timbal balas itu mendapat ulasan daripada AGC, pada Waktu-Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) hari ini.

AGC mempunyai kedudukan yang penting dalam memberikan input bagi memastikan undang-undang yang ditandatangani tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 3 November 2025. Foto AGC

“Ulasan AGC itu diperlukan bagi memastikan tiada peruntukan (dalam perjanjian) bercanggah dengan semangat Perlembagaan.

“Kenyataan dikeluarkan AGC adalah kerana mereka teliti, janganlah kata politik. Apa yang politiknya. Apa salahnya? Kalau kita minta AGC buat kenyataan semata-mata untuk pertahankan kerajaan, itu baharu politik.

“Keputusan yang dibuat dalam Jemaah Menteri kita ubahsuai setelah mendapat input dari Peguam Negara dan saya tegaskan dari segi undang-undang dan perjanjian antara negara, AGC (Jabatan Peguam Negara) itu mempunyai kedudukan penting,” katanya.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 3 November 2025. Foto AGC

Dalam sesi sama, kerajaan menolak cadangan awal Bank Dunia supaya harga petrol dinaikkan mengikut pasaran dan subsidi disalurkan melalui bantuan tunai kerana langkah itu akan membebankan rakyat.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri sebulat suara menolak cadangan berkenaan dan memilih pendekatan BUDI95 yang mengekalkan harga petrol rendah.

“Jemaah Menteri memutuskan untuk menolak cadangan itu dan menggunakan pendekatan yang kita amalkan sekarang, iaitu tidak menaikkan harga, malah menurunkan harga minyak bagi rakyat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *