Fitnah APMM ‘Serang’ Masjid Rusila: Di Mana Penjelasan Takiyuddin?

Takiyuddin belum memberi penjelasan berhubung dakwaannya mengaitkan latihan APMM dengan serangan Memali pada 1985 kepada Dewan Rakyat pada 4 November 2025.

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengesahkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, belum mengemukakan penjelasan berhubung ucapannya di Dewan Rakyat, yang mengaitkan latihan penjawat awam dari sebuah agensi di sebuah masjid di Terengganu dengan insiden serangan Memali pada 1985.

“Setakat ini belum tapi saya akan periksa lagi,” katanya kepada BH, di sini.

Peristiwa Memali merujuk kepada tragedi berdarah pada 19 November 1985 ketika polis cuba memberkas pemimpin Pas Ibrahim Mahmood atau ‘Ibrahim Libya’ dan pengikutnya yang mengakibatkan 18 orang terbunuh – 14 penduduk kampung termasuk Ibrahim manakala empat lagi anggota keselamatan.

Setelah Pas ‘mensucikan’ Mahathir dan melantiknya sebagai ‘Pengerusi SG4’, nada Pas kini berubah apabila tidak mempersoalkan Mahathir berhubung tragedi Memali 1985.

Penjelasan Takiyuddin diperlukan bagi menentukan tindakan seterusnya termasuk berkemungkinan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Sebelum ini, Dewan Rakyat memberikan tempoh masa sehingga hari ini bagi Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) memberi penjelasan bersama bukti dan dokumen bagi menyokong dakwaannya bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menceroboh Masjid Kampung Rusila, Marang, Terengganu.

Takiyuddin ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026, dua minggu lalu turut menyamakan tindakan itu seperti serangan dalam tragedi Memali 1985.

Pemantauan akan terus dijalankan menerusi rondaan aset Maritim Malaysia yang bertugas di perairan serta latihan berterusan tanpa mengira fitnah yang dilempar mana-mana pihak. Foto APMM

Susulan itu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengemukakan usul supaya Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas tuduhan terbabit.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, beliau menganggap perkara itu ditutup selepas penjelasan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya percaya perkara itu sudah diselesaikan kerana Menteri Dalam Negeri sudah menjelaskan ia adalah sebahagian daripada latihan.

“Bagaimanapun, saya berharap kejadian seperti itu tidak akan berulang,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *