Foto Dr Wan Azizah Rangkul Kemas PM Anwar Ke Dewan Rakyat Curi Perhatian

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedang berjalan bersebelahan sambil tangan merangkul kemas bahagian belakang Anwar pada 4 November 2025. Foto X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 4 Nov – “Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah”.
Kata-kata ringkas namun penuh makna itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Dalam hantaran tersebut turut dimuat naik sekeping gambar memaparkan isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedang berjalan bersebelahan sambil tangan merangkul kemas bahagian belakang Anwar ketika memasuki ruang utama Dewan Rakyat.
Ungkapan itu, walaupun pendek, sarat dengan emosi dan kasih sayang yang mendalam sekali gus menggambarkan keutuhan hubungan pasangan yang telah bersama melalui suka dan duka lebih empat dekad lamanya.
Hantaran itu dimuat naik ketika Anwar yang berusia 78 tahun itu dilaporkan kurang sihat baru-baru ini akibat sakit belakang yang mengehadkan pergerakannya.
Beliau juga terpaksa membatalkan lawatannya ke Pahang kelmarin pada saat-saat akhir hari selepas menerima nasihat perubatan untuk berehat.

Foto saat-saat manis berkenaan turut meninggalkan komen manis yang mendapati rata-rata orang ramai mendoakan pasangan tersebut serta berharap Perdana Menteri kembali kuat serta pulih untuk bekerja semula.
“Adohhhh sweet sgt! SyafakAllah PMX,” tulis Nur Liyanan Yanty.
Lily Zulkiffli pula sempat berdoa, “Semoga PMX terus kuat diberikan kesihatan yang baik dlm menjalankan tugas demi negara malaysia tercinta.. Kami rakyat terus berdiri blkg PMX..,” tulisnya.

“Kak Wan dari dulu sampai sekarang setia dengan PMX. Pasangan sampai ke syurga insya Allah,” komen Mokhtar Latiff.
“Setiap kehebatan lelaki ada wanita yang mendukung di belakangnya. Semoga PMX terus sihat walafiat,” komen Shah Hussein.
“Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik buat pasangan ni, dalam lindungan Allah sentiasa,” komen Izan pula.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
