PM Anwar Zahir Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Foto pada 9 Disember 2024.
KUALA LUMPUR, 22 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Anwar menzahirkan doa agar Seri Paduka, Raja Permaisuri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan hidayah Allah.
“Patik dan seluruh rakyat Malaysia merafak doa ke hadrat Allah agar Tuanku dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dianugerahkan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan berpanjangan, serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah-Nya.
“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” ujar Anwar.
Anwar kini berada di Johannesburg, Afrika Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kumpulan G20 yang bermula semalam sehingga 23 November 2025.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
