PM Anwar Zahir Dukacita Tragedi Bencana Di Afghanistan, Sudan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap bencana gempa bumi yang melanda Afghanistan dan Sudan menerusi hantaran di Facebook pada 3 September 2025. Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 3 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap bencana gempa bumi yang melanda Afghanistan dan insiden tanah runtuh di Sudan yang meragut ribuan nyawa.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang terjejas dan kehilangan insan tersayang.
“Saya amat sedih dengan gempa bumi yang melanda Afghanistan, meragut banyak nyawa serta meninggalkan keluarga dalam kesedihan dan kesusahan.
“Saya juga berduka cita apabila mengetahui kejadian tanah runtuh di Sudan yang mengorbankan lebih seribu nyawa,” katanya.
Anwar berkata Malaysia berdiri teguh bersama rakyat kedua-dua negara dalam menghadapi dugaan itu.
Terdahulu, lebih 1,000 nyawa terkorban dan ribuan cedera apabila gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda Afghanistan.
Sementara itu, di Sudan lebih 1,000 orang terbunuh dan sebuah kampung lenyap selepas ditimbus tanah runtuh di pergunungan Marraf, wilayah Darfur, semalam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
