PM Anwar, Dr Wan Azizah Hadiri Perarakan Hari Kemenangan China

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

BEIJING, 3 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pemimpin dan kenamaan asing menghadiri perarakan Hari Kemenangan bagi memperingati ulang tahun ke-80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen di sini, pagi ini.

Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Menurut Kementerian Luar China, seramai 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Antaranya termasuklah Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Perdana Menteri Pakistan, Shhebaz Sharif; Raja Kemboja, Norodom Sihamoni; Presiden Mongolia, Ukhnaa Khurelsukh; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing.

Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat turut menyampaikan ucapan dan memeriksa perarakan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen pada 8.30 pagi disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Perarakan itu membabitkan lebih 10,000 anggota tentera, bersama-sama lebih 100 pesawat dan ratusan aset ketenteraan darat yang disusun mengikut formasi sistem perintah waktu perang.

Sistem perkhidmatan dan senjata baharu Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) termasuk perisikan tanpa pemandu, peluru berpandu hipersonik, senjata tenaga terarah, sistem gangguan elektronik dan persenjataan strategik dipamerkan buat kali pertama pada perarakan itu, menonjolkan persenjataan canggih China.

Ini merupakan penyertaan Anwar mewakili Malaysia atas jemputan Presiden Xi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *