PM Anwar Utus Takziah Kepada Mangsa Nahas Pesawat Air India

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa nahas pesawat Air India di Ahmedabad pada 12 Jun. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan takziah berikutan nahas pesawat Air India yang terhempas berhampiran Ahmedabad, India.
Dalam kenyataannya, beliau melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan insiden itu.
“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang semua yang terlibat.
“Malaysia berkongsi kesedihan, dengan solidariti ketika usaha bantuan dan pemulihan dijalankan.
“Doa dan ingatan kami bersama mangsa serta semua yang meratapi kehilangan yang amat memilukan ini,” katanya di laman sosial Facebook.
Perutusan itu juga dipanjangkan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Terdahulu, sebuah pesawat milik Air India dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad pada Khamis, ketika dalam perjalanan ke London.
Air India dalam satu kenyataan berkata, 242 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat Boeing 787-8 termasuk 53 warganegara Britain.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
