Kerajaan Tanggung Kos Dr Mahathir Hadir Forum Antarabangsa Nikkei 2025 Di Jepun – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

AYER KEROH, 12 Jun – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM486,000 bagi kos perbelanjaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama delegasi yang menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 pada bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu telah membuat permohonan bagi mendapatkan peruntukan menghadiri forum berkenaan yang telah berlangsung di Tokyo, Jepun.

Menurutnya, individu itu sememangnya mempunyai hak untuk membuat permohonan, namun syarat permohonan tersebut perlu diluluskan oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, meskipun sering ‘diserang’ oleh individu terbabit, beliau masih mempunyai pertimbangan untuk meluluskan peruntukan yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

“Jadi orang tanya pasal apa, bayar tak? Ada hak dia memohon, tapi terserah pada Perdana Menteri untuk luluskan dan saya masih meluluskan RM486,000. Saya ingat daripada sembilan orang, saya luluskan tujuh orang.

“Saya tidak mahu ambil sikap yang negatif, walaupun hari-hari serang kita, kita masih luluskan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Mahathir pada akhir bulan lalu telah menyertai Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 di Tokyo, Jepun yang berlangsung dari 29 hingga 30 Mei lalu.

Ketika forum itu, Mahathir turut memberi bayangan bahawa itu mungkin penyertaan terakhir beliau ke forum berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini untuk berfikir secara matang dan mendalam sebelum keluar dari Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ujarnya, biarpun telah menerima surat permohonan bercuti dan peletakan jawatan daripada individu terbabit, namun beliau hanya meluluskan cuti yang diminta sahaja.

“Saya kalau boleh, (mahu) mereka sertai semula Kabinet. Surat dah terima, tapi saya belum terima (atau luluskan) peletakan jawatan mereka,” ujarnya lagi.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau turut mengingatkan kepada semua ketua cabang, ranting dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) agar tidak menganggap KEADILAN sebagai parti milik peribadi, sebaliknya parti untuk semua.

“Saya sekarang boleh bekerjasama dengan UMNO, sekarang ‘peluk-peluk’ sebab dia ada masa depan dan agenda besar. Kalau dengan UMNO boleh bekerjasama, inikan pula dengan kawan-kawan kita yang berbeza pendapat,” katanya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *