PM Anwar Utus Salam Takziah Kepada Keluarga Pyanhabib

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan roh Allahyarham Mohd Supyan Abdul Rahman, 66 tahun, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam takziah kepada keluarga Pyanhabib, seniman, pelakon dan penyair versatil tanah air yang meninggal dunia malam tadi.

Menerusi hantaran di media sosial beliau, Anwar turut mendoakan roh Allahyarham Mohd Supyan Abdul Rahman, 66 tahun, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Saya pasti akan mengenang setiap karya Allahyarham yang sentiasa membawa suara dan denyut nadi rakyat. Pengorbanan serta perjuangan Allahyarham akan tersemat utuh buat selamanya,” katanya.

Terdahulu, Pyanhabib dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, Hulu Kelang, pada jam 9.30 malam Selasa.

Berita pemergiannya dikongsikan isterinya, Zurina Zakaria, di laman Facebook.

“Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali kepada pencipta-Nya. Maafkan kesalahannya, doakan yang baik-baik untuknya,” katanya.

Jenazah dijangka dimandikan di Masjid As Sobihin, Lembah Keramat, Ampang pada jam 9 pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 jam 10 pagi.

Pyanhabib Meninggal Dunia

Dilahirkan di Taiping, Perak pada 27 Mei 1958, Pyanhabib turut dikenali menerusi lakonannya dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Tsu-Feh Sofiah, Tak Kisahlah Beb dan Rock Oo!


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *