PM Anwar Umum Peruntukan Tambahan RM20 Juta Kepada SMJKC

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada taklimat pembangunan Kinta di Ipoh, Perak pada 14 Februari 2026. Foto PMO
IPOH, 14 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) bagi tujuan pembaikan dan naik taraf sekolah mengikut keperluan, termasuk kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan kemudahan asas.
Peruntukan itu merupakan tambahan kepada RM80 juta yang telah diluluskan kerajaan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada Januari lalu sempena Perutusan Tahun Baharu 2026, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada sekolah aliran Cina mencecah RM100 juta.
Katanya, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh sistem pendidikan negara tanpa mengira latar belakang kaum dan aliran sekolah.
“Baru-baru ini saya umumkan peruntukan RM80 juta untuk kemudahan sekolah kebangsaan.
“Hari ini, sempena menghormati rakan-rakan masyarakat Cina, saya ingin umumkan tambahan untuk sekolah-sekolah Cina bagi kemudahan asas dan keperluan lain. Selain RM80 juta yang telah diluluskan sebelum ini, saya tambah lagi RM20 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih MADANI Parlimen Tambun sempena Ramadan dan Tahun Baru Cina, di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

