Bersatu Lantik Dua Naib Presiden Ganti Hamzah

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu diadakan di kediaman Muhyiddin di Kuala Lumpur pada 14 Februari 2026.
KUALA LUMPUR, 14 Feb – Mesyuarat Majlis Khas Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara bersetuju melantik Mohd Radzi Md Jidin dan Ahmad Faizal Azumu untuk memangku tugas menjalankan tugas Timbalan Presiden.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, ia satu tindakan yang perlu diambil dan pilihan terbaik buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti.
“Maka, Mesyuarat Khas MPT Bersatu hari ini sepakat untuk terus menyokong perjuangan Bersatu, membina semula parti, memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli dan memperkuatkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU16).

“Saya dengan ini menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang sementara barisan kepimpinan yang bersama-sama saya pada hari ini mengemudi parti kembali ke landasan perjuangannya yang asal untuk membela nasib rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
