PM Anwar Umum FGV Dinyahsenarai Dari Bursa Malaysia Mulai 28 Ogos Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) boleh dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia bermula 28 Ogos ini.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, FELDA yang menjadi satu kekuatan FGV, tidak lagi terikat dan boleh menentukan arah tuju mereka, selain akan mampu memberi jaminan melalui Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) supaya faedah dan kepentingan peneroka menjadi keutamaan.

“Sebaik saja perkara itu diuruskan, saya dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bersama Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, akan menetapkan arahan jelas daripada kerajaan supaya FGV kembali kepada matlamat asal FELDA.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025.

“Keutamaannya kepada peneroka, hak dan hasil mereka serta koperasi yang mereka tentukan.

“Bagi yang selanjutnya, biar mereka uruskan untuk beberapa bulan pertama supaya akan berhasil projek FELDA yang dihasratkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Kelmarin, media melaporkan FELDA berjaya melepasi ambang 90 pemilikan dalam FGV berikutan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syaratnya, sekali gus membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Difahamkan pemilikan terkini ialah 92 peratus dan dijangka akan meningkat secara beransur-ansur sehingga tarikh nyahsenarai berkenaan.

Pengambilalihan saham FGV ini bukan sahaja membuka jalan ke arah pemerkasaan Kumpulan Felda yang lebih mampan dan berfokus, malah selari dengan aspirasi Felda dalam menjayakan Pelan Strategik dan Hala Tuju Kumpulan Felda 2025-2030.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. 

Pada 2020, Felda mencetuskan tawaran pengambilalihan selepas meningkatkan pegangan dalam FGV daripada 33.66 peratus dengan membeli saham daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah pada nilai RM658 juta.

FGV yang mula disenaraikan pada 2012 pada harga RM4.55 sesaham berjaya meraih RM10.5 bilion dalam satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Malaysia. Bagaimanapun, sejak itu, harga sahamnya merosot dengan ketara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *