PM Anwar Rasmi Mega Karnival Tiga Dimensi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Perdana Menteri diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohamed Shariff bersama lebih 5,000 para peneroka Felda dan kira-kira sejuta pengunjung bersama dalam karnival selama empat hari itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025.

Ia termasuk lebih 1,000 usahawan desa dari seluruh negara berkumpul sejak beberapa hari lalu sebagai usaha memperkasakan pembangunan ekonomi luar bandar dan menarik minat generasi muda terhadap potensi keusahawanan desa.

Terdahulu, Ahmad Shabery berkata, karnival selama lima hari itu ialah kerjasama strategik antara Felda, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang turut menyokong pelaksanaan inisiatif Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Beliau berkata, karnival itu dijangka menjadi platform penting untuk menonjolkan keupayaan serta kepelbagaian usahawan desa, merangkumi produk tradisional sehingga perkhidmatan moden.

Pelbagai pengisian turut dirancang sepanjang karnival, termasuk pameran produk desa, pertandingan e-sukan, program sukan rakyat, pameran perumahan generasi baharu serta pelbagai program berkaitan keusahawanan dan kerjaya untuk golongan belia.

Antara pencapaian yang turut ditonjolkan kejayaan orkestra MRSM Felda yang memenangi pingat emas pada pertandingan antarabangsa di Prague, Republik Czech, menunjukkan bahawa anak cucu peneroka kini mampu cemerlang dalam bidang yang jauh di luar tradisi pertanian.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *