Keamanan, Kestabilan Politik Jadikan Malaysia Perantara Dua Negara Bergolak – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Malaysia mampu menjadi perantara dalam usaha mendamaikan dua negara ASEAN yang dilanda konflik perbalahan baru-baru ini atas faktor keamanan dan kestabilan politik, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pentadbiran negara yang kukuh membolehkan Malaysia diiktiraf negara luar, sekali gus dipilih sebagai penyelaras rundingan genjatan senjata membabitkan Thailand dan Kemboja tempoh hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Negara ini aman sebab kerajaannya kukuh. Sebab itu, waspada dengan percubaan untuk melemahkan (kerajaan)…kalau negara ini porak-peranda, hari-hari ada tuntutan dan pergaduhan, siapa nak datang?” .

Penegasan Anwar itu dibuat ketka merasmikan Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, Menteri Pertahanan Thailand dan Kemboja dijadualkan tiba di Kuala Lumpur Isnin ini bagi berunding dan memperincikan beberapa perkara berkaitan keamanan di sempadan kedua-dua negara itu.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan Thailand dan Kemboja masih berhubung rapat dengan Malaysia dalam usaha mencapai keamanan berterusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tanya banyak keadaan (perkembangan) dan dia (Perdana Menteri Kemboja Hun Manet) terus berterima kasih kepada Malaysia serta memaklumkan tiada lagi pergaduhan (dengan Thailand).

“Beliau (Hun Manet) minta kita tolong…Menteri Pertahanan Thailand dan Kemboja nak datang berunding di Kuala Lumpur mulai Isnin untuk catat beberapa langkah terperinci mengenai keamanan di Kemboja dan Thailand,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, perkara itu membuatkan nama Malaysia harum pada peringkat dunia sehingga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghubunginya dan menyatakan ucapan terima kasih kerana menjadi perantara berhubung konflik Thailand-Kemboja.

Sebelum ini, Thailand dan Kemboja bersetuju mencapai gencatan senjata serta-merta tanpa syarat selepas mengadakan sesi Mesyuarat Khas di Putrajaya dengan Malaysia menjadi penyelaras pada sesi berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Karnival Mega Tiga Dimensi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *