PM Anwar Ucap Tahniah Kemenangan JDT Julang Piala FA

Ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada JDT di atas kejayaan memenangi Piala FA pada Sabtu. Foto X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Kemenangan hatrik Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di aplikasi X, Anwar berkata kemenangan JDT diharap dapat mengekalkan tradisi sukan untuk memupuk perpaduan.
“Tahniah JDT yang memenangi pertandingan semalam. Kagum dengan semangat pasukan Selangor,” kata Anwar.

Pada perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, JDT mempertahankan kejuaraan buat kali keempat apabila menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut dan kelima secara keseluruhan pada 2016, 2022 dan 2023, termasuk pada 1998 ketika di bawah Johor FA.
Lebih manis, kemenangan besar itu turut dibantu dengan jaringan hatrik bekas pemain remaja Sepanyol, Juan Muniz dengan dua daripadanya dihasilkan menerusi sepakan percuma cantik.
Kali terakhir Skuad Red Giants menjulang piala itu pada 2009.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
