Operasi SAR Diteruskan, PM Anwar Luah Rasa Simpati Kepada Keluarga Mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warganegara India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, akan diteruskan.

Anwar yang menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy berusia 48 tahun itu, berkata beliau telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menemui keluarga mangsa.

“Saya sudah minta DBKL jumpa keluarga (mangsa) dan kita lahirkan simpati (dengan kejadian) dan kerja (SAR) harus diteruskan. Ada masalah dengan tanah itu, kita kena selesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada insiden 8.22 pagi Jumaat (23 Ogos), mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, sebelum tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus.

Difahamkan mangsa dan keluarganya dijadualkan pulang ke India pada esok harinya (Sabtu) selepas dua bulan melancong di negara ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *