PM Anwar Ucap Tahniah Buat Skuad Sepak Takraw Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah buat pasukan sepak takraw negara atas kejayaan menewaskan India 2-0 sekali gus menjulang Piala Dunia Sepak Takraw pada 19 Mei 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah buat pasukan sepak takraw negara atas kejayaan menewaskan India 2-0 sekali gus menjulang Piala Dunia Sepak Takraw dalam acara kuadran.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri menyifatkan kejayaan ini bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah buat pasukan sepak takraw negara atas kejayaan menewaskan India 2-0 sekali gus menjulang Piala Dunia Sepak Takraw pada 19 Mei 2026. Foto X Anwar Ibrahim

Terdahulu, Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas ‘merejam’ India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang digelar Home of Sepak Takraw itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *