Kerajaan Pastikan Langkah, Dasar Dirangka Ambil Kira Realiti Di Lapangan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN di Perdana Putra, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 19 Mei – Kerajaan MADANI komited memastikan segala dasar dan langkah intervensi ekonomi yang dirangka sentiasa berpaksikan realiti sebenar sektor industri, khususnya dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendepani tekanan kos serta krisis bekalan global.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini, yang berkata, kerajaan mendengar pembentangan daripada Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berhubung impak rantaian bekalan global terhadap sektor pembuatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN di Perdana Putra, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Anwar menjelaskan, pembentangan itu amat penting bagi memberikan gambaran lebih jelas kepada kerajaan mengenai cabaran semasa yang sedang dihadapi pihak industri sebelum sebarang langkah susulan diambil, menurut hantaran di media sosial hari ini.

“Ini penting supaya langkah dan dasar yang dirangka kerajaan benar-benar mengambil kira realiti di lapangan, khususnya dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang paling terkesan dengan tekanan kos semasa,” katanya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN di Perdana Putra, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Bagi mendepani cabaran itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mengambil langkah memperkukuh sokongan kewangan melalui SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) berjumlah RM5 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Langkah itu bertujuan memastikan PKS negara terus berupaya mengekalkan aliran tunai dan meneruskan operasi perniagaan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat MTEN di Perdana Putra, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Selain itu, sokongan jaminan pembiayaan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) berjumlah RM5 bilion turut disediakan bagi membantu sektor-sektor yang terkesan.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri memaklumkan MTEN turut meneliti cadangan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Menurut beliau, pelaksanaan sistem itu akan dibuat secara seimbang supaya kawalan ketirisan dapat diperkukuhkan tanpa menjejaskan operasi perniagaan dan rantaian bekalan negara.

Mengenai strategi jangka panjang mendepani ketidaktentuan pasaran, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus mengurus krisis ini dengan memberi tumpuan kepada jaminan bekalan makanan, tenaga, ubat-ubatan dan barangan keperluan, di samping mengekang tekanan kenaikan harga serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

“Libat urus bersama industri dan semua pihak berkepentingan akan terus dipertingkat supaya setiap keputusan dasar dibuat secara menyeluruh dan berpaksikan kepentingan rakyat serta negara,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *