PM Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun RTM Ke-80 Hari Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan RTM perlu memastikan maklumat sahih, berimbang dan berintegriti terus sampai kepada rakyat pada 1 April 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 1 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena ulang tahun ke-80 hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri mengingatkan peranan badan penyiaran nasional itu kini semakin kritikal dalam memastikan maklumat sahih, berimbang dan berintegriti terus sampai kepada rakyat.
Jelas Perdana Menteri, dalam landskap penyiaran yang berubah pantas, ditambah dunia tidak menentu serta lonjakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), RTM perlu melaksanakan tanggungjawab itu tanpa mengorbankan nilai dan kepercayaan.
“RTM mesti terus memimpin dengan memperkasakan bakat tempatan, mengangkat karya anak seni serta memanfaatkan teknologi secara beretika agar kekal relevan, berwibawa dan menjadi wahana pembinaan negara bangsa.
“Selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat Radio Televisyen Malaysia (RTM), institusi yang sekian lama menjadi suara rakyat dan denyut nadi bangsa,” ujar Anwar.
RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
