Pemandu Mabuk Didakwa Di Mahkamah Bunuh Penunggang Motosikal

Tertuduh, R. Saktygaanapathy, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di hadapan Majistret A. Khartiyayini pada 1 April 2026.

KLANG, 1 Apr – Seorang juruteknik yang memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal yang tular di media sosial Ahad lalu, didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

R. Saktygaanapathy, 28, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret A. Khartiyayini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju T berkolar berwarna putih dan berseluar pendek kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tiada jalan lain kecuali mengenakan hukuman setimpal malah lebih berat terhadap pemandu yang cuai di jalan raya dengan segera.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, kira-kira pukul 11.47 pagi pada 29 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kehilangan anggota keluarga apatah lagi seorang ketua yang mencari rezeki tidak tertanggung disebabkan kecuaian manusia di jalan raya.

Dalam pada itu, lelaki itu mengaku bersalah telah memberikan dadah jenis benzo dan tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan sendiri di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, kira-kira pukul 3.30 petang, pada hari sama.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.

Pesalah jalan raya sudah sampai masanya dihukum paling berat dan pindaan akta segera merupakan langkah terbaik bagi melindungi kepentingan semua pihak.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 dan perintah pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen bagi laporan bedah siasat, patologi dan forensik.

Pindaan undang-undang kesalahan jalan raya membabitkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah wajar disegerakan bagi mengelak tragedi di Klang ini menjadi kemarahan seluruh negara.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Prosiding itu turut diikuti isteri Allahyarham, Nurul Nadia Abdul Majid, 32, yang diwakili peguam pemerhati, Mohd. Faizi Che Abu.

Sebutan semula kes pada 3 Jun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz, maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi.

Tiada ruang kemaafan terhadap kecuaian pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah menggunakan jalan raya atas apa alasan sekalipun.

Lebih menyayat hati, insiden itu berlaku ketika Amirul keluar bagi membeli buku matematik untuk anak sulungnya.

Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *