PM Anwar Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari, Rasmi Pesta Kaamatan 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memastikan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai memacu perpaduan nasional setiap kali diraikan setiap tahun.

KOTA KINABALU, 29 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini sebentar tadi bagi memulakan lawatan kerja di Sabah hingga esok.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada kira-kira 9.30 malam dari ibu negara disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan para pemimpin negeri yang lain.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PH Sabah dijadual menghadiri perjumpaan bersama para pemimpin gabungan politik itu malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersiaran langsung jam 8.25 pagi esok sempena sambutan Pesta Kaamatan di Penampang, Sabah. Foto RTM

Esok, Perdana Menteri dijadual menghadiri beberapa program termasuk merasmikan sambutan Pesta Kaamatan 2025 yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang pada jam 8 pagi.

Siaran langsung acara berkenaan akan disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula jam 8.25 pagi bagi tatapan seluruh negara.

Selepas itu, jadual padat Anwar diteruskan dengan melancarkan Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 pagi.

Anwar juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *