Komitmen Washington Pada LIMA’25 Cerminkan Kerjasama Berterusan Terhadap Pertahanan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Samuel J Paparo dan delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Putrajaya pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 29 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Panglima Pemerintah Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS) (United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) berpangkalan di Honolulu, Hawaii, Laksamana Samuel J Paparo di pejabatnya di sini hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan penyertaan aktif AS dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) baru-baru ini mencerminkan komitmen berterusan pentadbiran Washington terhadap kerjasama pertahanan serta diplomasi keselamatan di rantau ini.

Anwar berkata pertemuan yang diadakan di pejabatnya itu antara lain memberi ruang kepada mereka bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan kepentingan bersama selain memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala yang sudah lama terjalin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Samuel J Paparo dan delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Putrajaya pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom (UK) bekerjasama dalam kawalan pertahanan lima negara sejak 1971 dan AS ketika itu berpangkalan di Teluk Subic, Filipina sehingga 1992.

Turut hadir Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan dan pegawai kanan kedutaan besar negara itu di Kuala Lumpur.

“Kami sepakat bahawa kerjasama erat ini perlu terus diperkasa. Kami turut menyentuh penyertaan aktif AS dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar AS ke Malaysia, Edward D. Kagan Laksamana Samuel J Paparo dan delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Putrajaya pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia mencerminkan komitmen berterusan Washington terhadap kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ini,” katanya dalam Facebook, hari ini.

LIMA’25 yang melabuhkan tirainya secara rasmi pada Sabtu lalu diadakan dengan penuh gilang-gemilang, dengan mencatatkan kehadiran kira-kira 450,000 pengunjung.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula berkata, penganjuran kali ini menerima sambutan luar biasa selepas menerima penyertaan seramai 860 pempamer dari 24 negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Samuel J Paparo dan delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Putrajaya pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Daripada jumlah itu, 426 pempamer adalah dari luar negara, manakala 434 membabitkan syarikat tempatan.

Ketika penganjuran LIMA’23, ia berjaya menarik penyertaan pempamer luar sebanyak 299, manakala syarikat tempatan sebanyak 249.

Edisi kali ini juga berjaya ‘mengumpulkan’ 43 pesawat udara dan 31 kapal dari pelbagai negara selain menyaksikan sejumlah kontrak, Memorandum Persefahaman (MoU) dan menandatangani surat niat (LOI) bernilai RM11 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Samuel J Paparo dan delegasi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Putrajaya pada 29 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kesemuanya itu berjaya dimeterai antara 20 hingga 24 Mei lalu yang membuktikan keyakinan pelabur asing dalam industri keselamatan dan teknologi ketenteraan terhadap sektor pertahanan negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *