PM Anwar Tiba Di Jakarta Bagi Lawatan Khas Bincang Bersama Presiden Prabowo

Pesawat yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur jam 3.45 petang waktu tempatan, disambut Menteri Luar Indonesia Sugiono sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto pada 27 Mac 2026. Foto PMO

JAKARTA, 27 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di sini sempena lawatan khas bagi membincangkan perkembangan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat, di samping mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia–Indonesia.

Pesawat yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma (HLP), Jakarta Timur jam 3.45 petang waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia) hari ini.

Ketibaan Anwar disambut Menteri Luar Indonesia Sugiono; Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Pesawat yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur jam 3.45 petang waktu tempatan, disambut Menteri Luar Indonesia Sugiono sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Perdana Menteri kemudian menerima kawalan kehormatan Pasukan Pengaman Presiden Republik Indonesia (RI) di lapangan terbang berkenaan.

Selepas itu, Anwar dibawa ke Istana Merdeka di Jakarta Pusat, lokasi beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Pertemuan berkenaan akan tertumpu kepada perkembangan geopolitik di Asia Barat termasuk situasi di Palestin dan Iran serta implikasinya terhadap kestabilan serantau dan global.

Pesawat yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur jam 3.45 petang waktu tempatan, disambut Menteri Luar Indonesia Sugiono sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Lawatan khas sehari itu menandakan kunjungan pertama Anwar ke Jakarta tahun ini atas undangan khas Prabowo, yang disampaikan semasa perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada 23 Mac lalu.

Ia turut menandakan betapa hubungan erat kedua-dua negara terus terjalin kukuh setelah Anwar mengadakan perbualan menerusi panggilan telefon dengan beberapa pemimpin asing seperti Singapura, Pakistan, Afghanistan, Mesir, UAE, Qatar, Lubnan dan Iran.

Kedua-dua pemimpin dijangka memperkemas kerjasama dua hala sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Rundingan Tahunan Malaysia–Indonesia ke-14 tahun ini.

Pesawat yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur jam 3.45 petang waktu tempatan, disambut Menteri Luar Indonesia Sugiono sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Prabowo Subianto pada 27 Mac 2026. Foto PMO

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia, dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu juga akan menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai satu blok yang bersatu dan berprinsip serta keupayaan bertindak secara kolektif dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau, selain menjamin daya tahan ekonomi dalam suasana ketidaktentuan global.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *