PM Anwar Panggil MB, KM, Pemimpin Politik Dengar Taklimat Ekonomi Semasa

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan perkara berkenaan berkuat kuasa 1 April 2026 itu disifatkan sebagai pendekatan pragmatik kerajaan dalam mengekang peningkatan perbelanjaan subsidi.
SHAH ALAM, 27 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri taklimat berhubung kedudukan semasa ekonomi negara susulan impak konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri berkata, hasil taklimat disampaikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu nanti akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya.
Beliau berkata demikian ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, hari ini.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, langkah kerajaan melaksanakan pelarasan kuota bulanan petrol bersubsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter dilihat sebagai langkah SEMENTARA yang perlu bagi mengurus tekanan subsidi susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik berterusan di Asia Barat.
Pengumuman Anwar yang memaklumkan perkara berkenaan berkuat kuasa 1 April 2026 itu disifatkan sebagai pendekatan pragmatik kerajaan dalam mengekang peningkatan perbelanjaan subsidi tanpa menjejaskan sebahagian besar pengguna.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


