PM Anwar Terus Fokus Utamakan Kebajikan Warga Pasukan Keselamatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohamed Khalid, Shamsul Azri dan Malek hadir pada program Ihya’ Ramadan bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan pada 24 Februari 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Aspek kebajikan dan kesejahteraan pegawai, anggota serta keluarga pasukan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan dan fokus kepada penambah baikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menegaskan, ia termasuk aspek kebajikan warga Kementerian Pertahanan, khususnya berkaitan isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohamed Khalid, Shamsul Azri dan Malek hadir pada program Ihya’ Ramadan bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyentuh perkara tersebut dalam mesyuarat bersama dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, hari ini.

“Dalam mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia, saya telah diberikan taklimat berhubung beberapa keputusan strategik yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohamed Khalid, Shamsul Azri dan Malek hadir pada program Ihya’ Ramadan bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan pada 24 Februari 2026. Foto PMO

“Perbincangan ini amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geo-strategik yang semakin kompleks.

“ATM kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohamed Khalid, Shamsul Azri dan Malek hadir pada program Ihya’ Ramadan bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Usai mesyuarat, Anwar berkesempatan menghadiri majlis tazkirah di Masjid Khalid Bin Al Walid sempena program Ihya Ramadan bersama warga kementerian, dan kemudian menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Terdahulu, Anwar tiba di Wisma Perwira disambut Mohamed Khaled dan para panglima angkatan tentera yang teruja menerima kunjungan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Mohamed Khalid, Shamsul Azri dan Malek hadir pada program Ihya’ Ramadan bersama Perdana Menteri di Kementerian Pertahanan pada 24 Februari 2026. Foto PMO

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.

Dalam pada itu, Anwar turut mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan terhadap isu perolehan ATM terutama yang sedang dalam siasatan SPRM.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *