MITI Disaran Perkukuh Peranan Industri Tempatan, Tarik Pelaburan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Menara MITI, di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menegaskan, kementerian disaran memainkan peranan dalam memperkukuh industri tempatan, menarik pelaburan serta meningkatkan daya tahan perdagangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Mesyuarat turut meneliti dasar utama Kerajaan bagi memperluas peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan mempertingkat kebolehsaingan industri.

“Saya tekankan agar setiap dasar dipantau dan dinilai semula secara berkala supaya kekal relevan dengan kemajuan teknologi serta realiti semasa, demi memastikan matlamat pembangunan negara tercapai,” ujarnya.

Mengulas hasil mesyuarat itu, menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu melibatkan tumpuan terhadap usaha meningkatkan kemasukan pelaburan serta keperluan domestik terhadap tenaga kerja asing.

“Tadi kita mengadakan perbincangan ringkas dan telah memaklumkan dua hingga tiga perkara yang sangat substantif yang memerlukan perhatian Perdana Menteri bagi membolehkan pelaksanaan polisi dan dasar dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Secara keseluruhannya, beliau melihat terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk tindakan dan pelaksanaan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan mengambil keputusan terburu-buru untuk membatalkan Perjanjian Tarif Timbal Balas (ART) dengan AS yang ditandatangani pada 26 Oktober tahun lalu, selepas tarif import yang diperkenalkan Presiden Donald Trump dibatalkan Mahkamah Agung negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat pengurusan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur pada 24 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Beliau meminta semua pihak memberi ruang dan masa kepada kerajaan untuk meneliti serta membuat keputusan, termasuk menilai kepentingan dan implikasinya terhadap ekonomi negara.

Ahad lalu, Anwar berkata MITI akan membentangkan laporan terperinci mengenai kesan keputusan mahkamah di AS berhubung tarif timbal balik AS kepada Jemaah Menteri, Jumaat ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *