PM Anwar Hadiri Perlawanan Antara Manchester United-ASEAN All Stars

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menyaksikan perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 antara Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2025.
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 antara Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.
Ketibaan Anwar disambut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta para pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama pengurus United, Rubin Amorim.
Sejurus tiba, Anwar diperkenalkan dengan kesebelasan utama skuad The Red Devils diketuai kapten Harry Maguire dan skuad ASEAN All Stars diketuai Sergio Aguero selaku kapten serta para pegawai perlawanan.

Kira-kira 60,000 orang hadir seawal jam 3 petang lagi di perkarangan stadium bagi menantikan ketibaan para pemain selain bertemu penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (PL) itu yang datang dari pelusuk Asia Tenggara.
Selain Malaysia, peminat kelab tersebut tiba antaranya dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
United menduduki tempat ke-15 dalam liga musim ini dan mereka akan berlepas ke Hong Kong bagi perlawanan jelajah Asia pada Jumaat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
