PL: Liverpool Diramal Juara Lagi Musim Depan

Ramalan komputer super melihat Liverpool mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2025/26. Foto SkySports

LONDON, 28 Mei – Liverpool diramal akan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (PL) oleh komputer super (supercomputer) yang turut meramalkan kedudukan tiga teratas akan mengulangi corak musim ini yang menyaksikan sekali lagi meletakkan Arsenal di tempat kedua.

The Reds mendominasi musim ini dan dijangka kekal di puncak, namun dengan jurang yang lebih kecil.

Mereka diramalkan menjuarai liga dengan kelebihan tiga mata, manakala pasukan kendalian Mikel Arteta sekali lagi terlepas peluang.

Juara Liga Perdana Inggeris musim 2024/25 Liverpool meraikan kejuaraan liga dengan menaiki kenderaan khas membawa skuad The Reds menyusuri jalan raya sekitar Liverpool pada 26 Mei 2025. Foto Liverpool FC

Manchester City pula dijangka kembali mencabar selepas musim yang hambar, tetapi hanya cukup untuk berada di tempat ketiga sekali gus satu pencapaian yang pasti mengecewakan mereka.

Di bahagian bawah liga, corak yang membimbangkan dijangka berterusan. Musim ini, ketiga-tiga pasukan yang baru dinaikkan pangkat turun semula dan nasib yang sama diramalkan buat Leeds, Burnley serta Sunderland.

Ini akan menjadi tahun ketiga berturut-turut pasukan yang dinaikkan pangkat terus tersingkir semula, satu trend yang cuba dielakkan oleh Liga Perdana memandangkan jurang tahap antara liga tersebut dan Kejuaraan (Championship) semakin melebar.

Juara Liga Perdana Inggeris musim 2024/25 Liverpool meraikan kejuaraan liga dengan menaiki kenderaan khas membawa skuad The Reds menyusuri jalan raya sekitar Liverpool pada 26 Mei 2025. Foto Liverpool FC

Ramalan ini dikumpul oleh superkomputer AceOdds, yang telah mensimulasikan musim Liga Perdana sebanyak 100,000 kali untuk meramal kedudukan akhir setiap pasukan.

Manchester United diramalkan mengalami sedikit kebangkitan, dengan kedudukan akhir di tempat kelapan.

Ini satu peningkatan berbanding prestasi buruk musim ini, tetapi mereka masih berada di bawah Newcastle, Aston Villa dan Tottenham dengan Spurs turut menunjukkan peningkatan ketara.

Bournemouth, walaupun dijangka kehilangan beberapa pemain utama, tetap mengekalkan kedudukan dalam sepuluh teratas, bersama Brighton.

Juara Liga Perdana Inggeris musim 2024/25 Liverpool meraikan kejuaraan liga dengan menaiki kenderaan khas membawa skuad The Reds menyusuri jalan raya sekitar Liverpool pada 26 Mei 2025. Foto Liverpool FC

Nottingham Forest pula antara pasukan paling merosot apabila terpaksa membahagikan tumpuan antara aksi domestik dan Eropah susulan berakhir di tangga ke-13.

Wolves dan West Ham dijangka berdepan kesukaran tetapi akhirnya berjaya mengelakkan penyingkiran.

Everton di bawah kendalian David Moyes, menunjukkan peningkatan prestasi, namun dijangka menamatkan musim di tempat ke-15, satu pencapaian tetap mengecewakan memandangkan mereka kini bermain di stadium baharu.

Daripada tiga pasukan dinaikkan, Sunderland yang naik melalui play-off diramal mengakhiri liga di tempat tercorot manakala Leeds menunjukkan semangat juang lebih baik, tetapi akhirnya tetap gagal untuk kekal di Liga Perdana.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *