PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri China, Perkukuh Diplomatik, Keselamatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin yang berkunjung ke Malaysia sempena lawatan pertama beliau ke Malaysia di Putrajaya pada 26 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 26 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan China tekad memperkasa hubungan diplomatik serta kerjasama keselamatan dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Perkara tersebut diketengahkan Perdana Menteri dalam pertemuan beliau pada sesi kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin sempena lawatan sulung beliau ke negara sahabat, tahun ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan China sepakat menjamin kemakmuran yang dikecapi daripada aspek sosial dan ekonomi dinikmati rakyat kedua-dua negara sentiasa terpelihara.
“Perbincangan kami juga terarah kepada perihal hubungan bilateral daripada sisi kerjasama keselamatan dua negara, situasi geopolitik semasa dunia.

“Ini menuntut kerjasama erat dua negara sahabat dalam memastikan keselamatan serta kestabilan rantau ini terus utuh,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.
Mengulas lawatan Yixin, Anwar menegaskan, kehadiran menteri itu sangat dihargai Kerajaan MADANI, selari peranan Beijing sebagai rakan akrab kepada Kuala Lumpur.

“Semoga kemajuan dicapai bersama oleh kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus menjadi dorongan untuk terus memacu hubungan akrab Malaysia dan China,” ujar Anwar lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
