Konflik Asia Barat: Iran Cadang Kenakan ‘Tol’ Di Selat Hormuz

Hanya sejumlah kecil kapal, kebanyakan berkaitan China dan Iran, dibenarkan melalui Selat Hormuz ketika dirakam pada 24 Mac 2026. Foto AFP

TEHRAN, 26 Mac – Parlimen Iran sedang merangka draf undang-undang untuk mengenakan bayaran sebagai pertukaran bagi menyediakan keselamatan kepada kapal yang melalui Selat Hormuz.

Rancangan itu dijangka dimuktamadkan minggu depan, lapor agensi berita Fars dengan memetik seorang ahli Parlimen yang tidak dinamakan.

“Kami sedang mengusahakan cadangan di mana kedaulatan, kawalan dan pengawasan Iran di Selat Hormuz diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang, dan melalui kutipan tol, sumber pendapatan juga dapat diwujudkan untuk negara,” kata ahli Parlimen itu seperti dipetik Fars.

Iran telah memberikan pelepasan kepada kapal tangki minyak Bangchak untuk melalui Selat Hormuz dan kembali ke Thailand. Foto Agensi

Langkah Iran untuk memformalkan yuran transit di Selat Hormuz dibuat ketika perang di Asia Barat menghampiri penghujung minggu keempat.

Laluan air yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia itu kini hampir ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas kapal tangki, dengan hanya sejumlah kecil kapal, kebanyakan berkaitan China dan Iran, dibenarkan melaluinya.

Gangguan di Selat Hormuz menyebabkan pengeluaran minyak di Teluk Parsi terpaksa dihentikan, sementara kilang penapisan di kawasan itu turut mengalami kerosakan akibat perang.

Trump mengugut akan menyerang dan ‘menghapuskan’ loji-loji janakuasa utama negara itu sekiranya Selat Hormuz tidak dibuka sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Harga minyak melonjak susulan perkembangan itu, dengan penanda aras global Brent melepasi AS$114 (RM454.38) setong awal minggu ini, manakala pentadbiran Donald Trump turut menilai kemungkinan kesan ekonomi sekiranya harga meningkat hingga AS$200 (RM797.12) setong. – Bloomberg


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *