PM Anwar Tak Boleh Tukar Masa Menteri Sedang Bercuti

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri, Putrajaya pada 29 Mei 2025.

PUTRAJAYA, 29 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak boleh membuat sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat memandangkan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam masing-masing sedang bercuti ketika ini.

Perdana Menteri berkata, sebarang pertukaran portfolio kementerian tidak boleh dilaksanakan ketika menteri terbabit sedang bercuti dari tugas-tugasnya sebagai menteri.

“Mereka masih cuti, tidak boleh ganti orang masa tengah cuti,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri, Putrajaya pada 29 Mei 2025.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan berhubung jangkaan masa yang mungkin diambil kerajaan bagi mengadakan rombakan Kabinet susulan pelepasan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli serta Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

Terdahulu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun depan dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.

Beliau bercuti bermula semalam bagi menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.

Nik Nazmi mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa pada 4 Julai depan di mana akan mula bercuti mulai hari ini hingga 3 Julai.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *