Pendapatan Negara Dijangka Terus Meningkat Menerusi Industri Halal, FTA

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika hadir pada Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025 di Kuala Lumpur pada 28 Mei 2025. Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Pendapatan negara dijangka terus meningkat susulan penstrukturan semula kerangka ekonomi serta pelaksanaan beberapa program berimpak tinggi termasuk kerjasama dalam industri halal antara beberapa negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China dalam tempoh terdekat.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, unjuran itu mampu dicapai susulan Malaysia sering dilihat sebagai peneraju dalam industri halal dan mereka juga mahu negara berkongsi pengalaman serta isu-isu teknikal berkaitan industri tersebut.
“Industri halal ini bukan sahaja dari segi makanan dan minuman tetapi juga dari segi logistik, farmaseutikal dan sebagainya. Ia juga merentasi bukan sahaja negara-negara Islam dan menjadi satu idea yang mana industri halal ini dapat meningkatkan juga pendapatan rakyat, pendapatan negara masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025, di sini, hari ini.

Antara lain, kata Tengku Zafrul, Malaysia dan GCC akan mulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), pada masa yang sama Malaysia juga berbincang mengenai bidang-bidang sektor baharu dengan China.
Oleh itu, peluasan industri halal juga mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara termasuk peningkatan hubungan perdagangan dan pelaburan selain perbincangan mendalam antara para pemimpin mengenai pelbagai sektor selain industri berkenaan seperti ekonomi hijau, ekonomi digital dan sebagainya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
