PM Anwar Seru Rakyat Lakukan Perubahan, Angkat Darjat Dan Martabat Negara

Hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 MacMalaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk meletakkan negara ini ke tingkat lebih tinggi dan maju dari sekarang.

“Walau apa jua bahasa dituturkan, di mana sahaja kita berada sambil menyantuni kebhinekaan kaum, budaya dan agama, jangan sesekali lupa peranan kita untuk mengangkat martabat dan darjat Malaysia.

“Kepada yang sedang bertugas, berjuang dan bekerja dalam mengukir nama negara di pentas dunia, teruskanlah usaha murni ini,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia menjadikan negara ini lebih hebat dan membanggakan untuk diwarisi anak cucu-cicit pewaris negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *