Iktiraf Peranan, Sumbangan Wanita Dalam Pembangunan, Kemakmuran Negara – Andre Lai

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre LAI meraikan lebih 150 wanita yang hadir dengan kuntuman bunga ros ketika mereka bersenam dan beriadah sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 di Tasik Danau Kota pagi tadi. Foto Facebook Andre Lai
KUALA LUMPUR, 8 Mac – “Ada pepatah moden berbicara, bahawa setiap lelaki yang berjaya pastinya ada wanita yang mendukung citra perjuangannya.
“Sambutan Hari Wanita Sedunia 2024 bukan hanya untuk merayakan dan menghargai peranan wanita dalam kehidupan seharian, malah mengiktiraf peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemakmuran negara,” cetus Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre LAI.
Menurut beliau, peranan dan sumbangan mereka wajar diberi pengiktirafan tertinggi masyarakat dan pagi ini beliau telah dijemput ke Tasik Danau Kota di sini untuk menyantuni mereka yang melakukan senaman pagi.
Selain daripada aktiviti senaman dan zumba oleh kumpulan Setapak C9, penganjur bersama LAI mengagihkan kuntuman bunga ros kepada mereka pengguna taman.
“Aktiviti yang ringkas, tetapi cukup memuaskan melihat kemesraan kaum wanita pelbagai kaum dan peringkat umur diraikan dalam program serba ringkas namun cukup bermakna hari ini.

”Kita tidak perlu program yang mewah untuk menyambut Hari Wanita – sekadar program zumba dan agihan bunga ros adalah satu penghargaan untuk kaum wanita kerana mereka tidak lagi dipandang stereotaip sebagai golongan lemah.
“Mereka tidak lagi menuntut hak sama rata hari ini, tetapi telah bergerak ke hadapan untuk berdepan dunia yang penuh cabaran,” ujar LAI.
LAI dalam kenyataan di media sosial juga meluahkan penghargaan kepada tokoh wanita terkenal yang telah menjadi inspirasi bagi generasi muda hari ini.
”Tokoh seperti Kak Wan, Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN (mantan MP Wangsa Maju) yang juga mentor kepada saya telah menjadi inspirasi kepada ramai ahli politik hari ini, termasuk saya,” kata LAI
Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan meskipun ia diadakan pada hari bekerja.
Seramai 150 pengunjung taman turut serta dalam aktiviti sambutan Hari Wanita tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulang, Negara Gemilang’.

Keceriaan mereka jelas terpancar apabila LAI menyantuni mereka mewakili ribuan warga Wangsa Maju yang juga mendapat insipirasi daripada kegigihan mereka menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
