PM Anwar Secara Prinsip Pertimbang Tambah Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUCHING, 12 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini, secara prinsipal bersetuju
mempertimbangkan supaya bilangan kerusi Dewan Rakyat bagi Sarawak dan Sabah ditambah.

Bagaimanapun ia memerlukan perincian dan perbincangan lanjut dari segi perundangan kerana pindaan pertambahan kerusi parlimen memerlukan sokongan majoriti dua pertiga atau melebihi 148 ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Timbalan Perdana Menteri 2, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata perkara itu adalah antara beberapa tuntutan yang dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Fadillah berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Anwar serta turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, 165 kerusi parlimen terletak di Semenanjung sementara Sabah 25 dan Sarawak 31 kerusi manakala satu kerusi di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pindaan itu juga tertakluk kepada kajian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum sebarang keputusan dibuat dan akan dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, beliau berkata, persetujuan turut dicapai untuk pengiktirafan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182) bagi projek bernilai bawah RM50 juta.

Pada masa sama, Fadillah yang juga pengerusi MTPMA63 berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengangkat Kertas Jemaah Menteri mengenai cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak memperakukan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan beberapa Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di peringkat kementerian.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *