PM Anwar Santuni Bakal Jemaah Haji Dari Permatang Pauh, Tambun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 19 Mei – Para jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun yang bakal menjadi tetamu Allah SWT tidak lama lagi, bertuah menerima jemputan khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkesempatan menyantuni mereka dalam satu Majlis Ramah Mesra Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Kompleks Sri Perdana, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

“Dalam kesempatan ini, saya turut berkongsi kisah Malcolm X yang pulang dari Tanah Suci dengan jiwa dan pandangan hidup yang jauh lebih besar, lebih damai dan lebih insaf tentang persaudaraan umat manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh, Pulau Pinang pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

“Sejarah juga mengajar kita bahawa semangat kebebasan dan keberanian umat Islam sering bangkit selepas pulangnya para jemaah dari Makkah, sebagaimana dicatat oleh ketika meneliti kebangkitan rakyat Aceh melawan penjajahan Belanda,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Para jemaah tidak melepaskan peluang bergambar dengan Perdana Menteri seraya bertanya khabar tentang keadaan serta persediaan mereka untuk ke tanah suci.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh, Pulau Pinang pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Jelas Anwar lagi, haji bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi madrasah tarbiah yang membentuk jiwa, menyucikan hati dan meniupkan semangat baharu untuk kembali berkhidmat kepada agama, rakyat serta negara dengan lebih ikhlas dan penuh ihsan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh, Pulau Pinang pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

“Mendoakan agar seluruh jemaah dikurniakan Haji mabrur, dipermudahkan segala urusan dan kembali ke tanah air membawa semangat baru buat keluarga, masyarakat dan Malaysia tercinta,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni bakal jemaah haji dari Permatang Pauh, Pulau Pinang pada majlis Ramah Mesra Bakal Jemaah Haji bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 19 Mei 2026. Foto PMO

Untuk rekod, jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun terpilih menerima tajaan daripada Anwar yang dikendalikan pegawai khas di kedua-dua kawasan parlimen itu.

Anwar juga pernah menaja barisan Pengerusi Masjid di Seluruh Permatang Pauh menunaikan ibadah haji pada 31 Mei 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaja barisan Pengerusi Masjid di Seluruh Permatang Pauh menunaikan ibadah haji pada 31 Mei 2025.

Permatang Pauh merupakan kerusi yang pernah beliau wakili manakala Tambun pula mencatat sejarah sebagai kerusi parlimen pertama di Perak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *