Persediaan PH Pulau Pinang Hadapi PRU-16 Pada Tahap 75 Peratus

Pengerusi PH Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menunjukkan papan pemuka MyPenang Manifesto ketika sidang akhbar di pejabatnya di George Town, Pulau Pinang pada 19 Mei 2026. Foto Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 19 Mei – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tahap kesiapsiagaan dan persediaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kini berada pada peringkat 75 peratus.

Persediaan itu merangkumi usaha berterusan kerajaan negeri dalam menunaikan manifesto dibentang pada PRU-15 dan PRN 2023 serta mempamerkan prestasi pentadbiran kepada rakyat sejak hari pertama mentadbir negeri.

Menurut Chow, tiada masa yang dianggap benar-benar sesuai atau tidak sesuai untuk menghadapi pilihan raya kerana pilihan raya akan berlaku apabila pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat.

Pengerusi PH Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menunjukkan papan pemuka MyPenang Manifesto ketika sidang akhbar di pejabatnya di George Town, Pulau Pinang pada 19 Mei 2026. Foto Chow Kon Yeow

“Jadi, apabila dewan (DUN) dibubarkan, itu tanda perlu siap sedia. Kalau tanya saya, saya akan sentiasa beri jawapan 75 peratus. Tidak sepenuhnya bersedia, tetapi bersedia secukupnya jika ada kemungkinan pilihan raya diadakan,” katanya ketika sidang akhbar mengenai papan pemuka (dashboard) MyPenang Manifesto, hari ini.

Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal.

Jelas Kon Yeow, fokus utama kerajaan negeri ketika ini ialah memastikan segala janji manifesto dapat direalisasikan demi manfaat rakyat.

Pengerusi PH Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika sidang media papan pemuka MyPenang Manifesto ketika sidang akhbar di pejabatnya di George Town, Pulau Pinang pada 19 Mei 2026. Foto Chow Kon Yeow

“Walaupun pilihan raya itu penting, kerja untuk merealisasikan manifesto juga penting. Jadi, tidak kisah bila diumumkan pilihan raya negeri atau persekutuan, kerja-kerja untuk menunaikan janji manifesto itu berterusan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *