PM Anwar Sakit, Warganet Tak Putus-Putus Doakan Segera Sembuh

Penduduk Pahang mendoakan kesembuhan buat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran program yang dijadualkan di negeri itu dibatalkan pada 2 November 2025. Foto I Love Pahang

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Warganet tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan berita mengenai pembatalan lawatan kerja ke Pahang hari ini tersebar ekoran masalah kesihatan.

Sehingga jam 11 malam tadi, hantaran mengenai keadaan kesihatan Perdana Menteri yang dimaklum oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Facebook telah meraih lebih 23 ribu reaksi beserta 5,200 komen yang ditinggalkan warganet sejak dimuat naik sekitar jam 10.30 pagi tadi.

“Rehat la Datuk Seri.. kita tgk (tengok) Datuk Seri kerja pun kita yg penat sampai takmau rehat dan cuti.. rakyat sentiasa menyokong usaha baik PMX.. semoga cepat sembuh & dipermudahkan urusan hendakNya.. amin,” tulis Din Garden.

Antara komen yang ditinggalkan warganet di laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesembuhan beliau pada 2 November 2025.

Ng Ming Lee pula menitipkan komen “Saya mendoakan semoga beliau akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta tenaga yang cukup untuk beliau terus memperjuangkan pembangunan Dan keamanan negara kita. Berehatlah 💪🏼💪🏼🇲🇾🇲🇾🇲🇾,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, Oma Wadda menulis, ada kala melihat Anwar bekerja tahun ini seolah -olah seperti penggal pertama dan terakhir beliau kerana dilihat terlalu kuat bekerja, semoga cepat sembuh.

“Kadang tengok Anwar Ibrahim ni kerja macam this is his first and last term in the office. Seram tengok kerja macam tak nak stop. Speedy recovery Sir,” tulisnya.

Antara komen yang ditinggalkan warganet di laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesembuhan beliau pada 2 November 2025.

Warganet dengan nama AmyDin Ismail menulis “Selamat berehat datuk sri☺️tubuh dah bagi isyarat supaya berehat. Semoga segera sembuh…insyaAllah..aamiin🤲,” katanya.

Ainbatrisyah pula berkata, akhirnya Perdana Menyeri akur dengan arahan pasukan perubatan untuk berehat.

“Akhirnya PMX akur dengan arahan pasukan perubatan suruh rehat. Kalau kita suruh PMX rehat memang tak rehatnya. Syafakallah PMX,” katanya.

Antara komen yang ditinggalkan warganet di laman Thread rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesembuhan beliau pada 2 November 2025.

Terdahulu, Anwar sebelum ini dijadualkan menghadiri beberapa program di Pahang termasuk sesi bersama penjaja kecil dan pelajar universiti, namun terpaksa membatalkan kehadiran atas nasihat pasukan perubatan.

Malah isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga telah memberitahu keadaan kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dengan pemantauan doktor bertugas.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *