Hasutan: Papagomo Ditahan Polis Malam Ini

Imej tangkap layar di Facebook menunjukkan Papagomo dibawa ke balai polis dari rumahnya pada 2 November 2025.

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Blogger pembangkang, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali dengan nama Papagomo ditahan polis kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Menurut wakil peguamnya Rafique Rashid Ali, Papagomo ditahan sepasukan anggota polis di hadapan rumahnya disaksikan beberapa anggota keluarga yang melihatnya diringi polis di kediamannya di sini.

Rafique Rashid juga memberitahu, anak guamnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk dihadapkan ke mahkamah jam 9.30 pagi esok bagi memohon perintah reman dipercayai atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Imej tangkap layar di TikTok menunjukkan Papagomo dibawa ke balai polis dari rumahnya pada 2 November 2025.

Seminggu lalu, Papagomo turut ditahan tidak lama selepas didakwa membuat hantaran berbaur hasutan dipercayai berkaitan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Papagomo disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam.

Media melaporkan, Papagomo yang menggunakan akaun Facebook bernama @Sir Azri dilaporkan ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam 26 Oktober lalu dan juga dibawa ke IPD Dang Wangi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *