Pameran Era Pasca Normal MADANI Serlah Kesan Media Sosial, AI – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau beberapa galeri pada Pameran Era Pasca Normal MADANI di Berjaya Times Square di sini hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Perdana Menteri mengajak semua pihak untuk melihat dan menghayati karya seni yang ada Pameran Era Pasca Normal Madani di Berjaya Times Square di sini.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar berkata, pameran itu yang bertujuan mengajak pemikiran mencerakinkan secara teliti permasalahan dihadapi masyarakat masa kini.

“Pameran ini unik, mencerakinkan secara teliti permasalahan yang dihadapi
masyarakat berikutan kesan media sosial dan perkembangan persekitaran seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) dan digital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau beberapa galeri pada Pameran Era Pasca Normal MADANI di Berjaya Times Square di sini hari ini. Foto Bernama

“Saya percaya usaha diselanggarakan (dilakukan) sangat teliti dengan kos yang tinggi dan dengan kerangka fikiran yang cukup mendalam.

“Ini seolah-olah mengapai dan meneroka penemuan-penemuan pemikiran baharu dan mengasak minda untuk berfikir agar meletakkan nilai kemanusian untuk menyelamatkan bangsa dan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri pameran itu hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ini merupakan julung kali pameran serupa diadakan di rantau Asia dan kerana itu, ia harus dimanfaatkan untuk mempelajari elemen kritikal yang diketengahkan.

Pada masa sama, beliau berharap Kementerian Komunikasi dapat memberi dukungan kepada pameran itu dengan menguar-uarkan kepada masyarakat.

Pameran yang diadakan di tingkat 10 pusat beli-belah itu bermula hari ini hingga 10 November depan dan ia merupakan hasil kerjasama antara Perdana Menteri bersama Pusat Dasar Pasca Normal dan Kajian Masa Depan (CPPFS).

Ia menampilkan karya enam artis tempatan yang mengetengahkan ciri tonggak utama konsep Madani iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan.

Antara artis terlibat ialah pengukir Liu Cheng Hua yang menampilkan karya ‘Golden Shafts’, sejenis peralatan perlombongan emas diperbuat daripada sumber buluh tempatan yang diguna meluas di Raub, Pahang pada 2014.

Turut dipamer ialah hasil seni lukisan bertajuk Human Needs Human, Panorama dan Aku Bukan Pendatang dari Stephen Menon, seorang pelukis dan pembuat cetakan yang terkenal dengan teknik inovatif dan karya yang merangsang pemikiran.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *