PM Anwar Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina KLSCAH

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kaligrafi Cina ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 FebPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan Majlis Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dekat Kampung Attap, di sini hari ini.

Ketibaan Anwar yang mengenakan kemeja batik berwarna merah jambu pada jam 11.45 pagi tadi disambut meriah, dengan kehadiran 500 tetamu yang mengenakan busana berwarna merah.

Turut mengiringi beliau adalah Presiden KLSCAH, Ngan Teng Ye.

Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chan Lih Kang; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kaligrafi Cina ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. Foto Bernama

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Semua tetamu kenamaan kemudian turut melakukan upacara menggaul Yee Sang.

Pada acara itu yang turut dihadiri pelbagai wakil pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, aktiviti lain turut disediakan.

Antaranya, pengunjung berpeluang melakukan aktiviti seni kaligrafi, dijamu dengan hidangan makanan tradisional Cina, selain dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *