PM Anwar Lulus 9 Projek Utama RMK12 Rolling Plan 5 Di Johor

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Onn Hafiz hadir pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor pada 23 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
ISKANDAR PUTERI, 26 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan sebanyak sembilan daripada 10 projek utama yang dimohon melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Rolling Plan 5.
Kelulusan tersebut dilakukan pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor dipengerusikan Perdana Menteri, pada 23 Mei lalu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata antara projek diluluskan termasuk pembinaan Hospital Sultanah Aminah Dua (HSA2) di Johor Bahru dan projek pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) difahamkan antara Skudai dan Ayer Hitam.

Bagaimanapun, katanya, terdapat 222 projek bernilai RM10.8 bliion yang diluluskan melalui RMK11 sejak 2016, masih dalam pra-pelaksanaan.
“Kerajaan negeri menganggap itu sebagai satu perkara serius kerana peruntukannya ada tetapi kerja belum dijalankan daripada 2016.
“Projek membabitkan pembangunan menaik taraf hospital, sekolah, jalan raya dan banyak lagi tak dapat disalurkan, perkara ini saya bangkitkan masa mesyuarat pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada persidangan mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri membuat keputusan mengadakan perbincangan bersama setiap kementerian dan agensi bagi memastikan projek berkenaan dapat diselesaikan segera, hasil persetujuan Anwar.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
